Sunday, June 20, 2010

Pantai Batu Buruk

15 Jun 2010 - Heningnya suria pagi di Pantai Batu Buruk! Rasanya dah agak lama betul kami tak mengunjungi PBB ni. Walaupun baru bulan februari kami bercuti ke Merang, tapi tak singgah di PBB. Banyak resort penginapan termasuk homestay boleh disewa di sini. Pantainya cantik dan bersih. Tenang. Amat sesuai kalau nak buat BBQ. Boleh juga main layang-layang, bolasepak pantai, sepak takraw atau bola tampar.

Banyak kemudahan awam disediakan di sini. Medan Selera dan berbagai restoran menyediakan bermacam makanan. Penggemar nasi dagang mungkin tidak asing dengan gerai no. 30, Gerai Kak Pah yang menjual nasi dagangnya. Pada hari jumaat pula ada pasar yang bermula dari pukul 3 hingga malam.
Dengan bayaran hanya RM3.00, pengunjung boleh memberi pengalaman baru menaiki kuda kepada anak-anak mereka.


PBB...kami pasti akan datang lagi, insyaAllah!

No comments: