Sunday, June 20, 2010

Masjid Kristal

15 Jun 2010 - Ini kali pertama kami sampai di Masjid Kristal yang merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu. Perasmian masjid ini pada 8 Februari 2008 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.





Cantik sungguh masjid ini. Ianya dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di negara ini dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. Semasa kami sampai, sekumpulan kanak-kanak sedang menjalani aktiviti program pendidikan keagamaan.

No comments: