Wednesday, June 23, 2010

Misi Nasi Dagang

Semasa bercuti ke Kuala Terengganu pada musim cuti sekolah yang lalu, satu misi yang perlu dilunaskan ialah mencari nasi dagang! Bukannya tidak ada nasi dagang di sekitar Lembah Kelang ni, tapi sengaja nak cari nasi dagang Terengganu di negeri Terengganu sendiri dan dijual oleh orang tempatan.




Pada hari kedua percutian, lebih kurang jam 8 pagi kami sudah bersedia dengan GPS yang disetkan ke 'Restoran Nasi Dagang Mak Ngah'. kalau dari Kuala Terengganu, restoran tu terletak di deretan kedai selepas jambatan Kuala Ibai. Tak susah nak cari sebab dari jarak 100 meter pun dah nampak banyak kereta berbaris kat depan kedai tu.
Memang pun awal lagi dah ramai orang kat restoran ni. Mujur ada meja kosong. Di dinding restoran tergantung plak "Jalan-jalan Cari Makan TV3". Pesanan nasi dagang kami dihantar dalam bungkusan daun pisang. Setiap bungkus tu kecil saja, lebih kurang satu senduk dengan sepotong ikan tongkol. Emm..memang sedap sebab ikan ayer @ ikan tongkol tu rasanya pedas berbanding nasi dagang yang pernah kami makan kat tempat lain. Teringat kami pada kontroversi yang melanda restoran ini bila kisah kepala ikan tongkol yang Mak Ngah ni jual dengan harga RM45 tersiar ke seluruh negara satu masa dulu. Memang rezeki restoran ni, kontroversi tu tambah mempopularkannya lagi.

Hari ketiga, kami pergi pula ke kedai nasi dagang yang dikenali dengan nama kedai nasi dagang Kak Jah di Jalan Bukit Besar. Kalau anda biasa dengan Kuala Terengganu, Jalan Bukit Besar ni tak lah susah sangat nak cari. Nasi Dagang di sini pun dijual secara bungkus dengan daun pisang. Sayangnya tak teringat pulak nak ambil gambar. Cuma gambar kedai (di atas) yang sempat dirakamkan. Secara perbandingan, rasanya ikan tongkol restoran Mak Ngah masih menjadi pilihan.


Hari keempat, sebelum balik kami pergi ke kedai yang tak jauh dari penginapan di Batu Buruk. Kedai Kak Pah di Medan Selera Pantai Batu Buruk ini merupakan salah satu kedai nasi dagang paling popular di Kuala Terengganu. Semasa musim perayaan atau cuti panjang, memang tak menang tangan Kak Pah melayan pelanggan yang berbaris panjang. Biasanya ada dua barisan, barisan kanan untuk makan di situ dan barisan kiri untuk bunngkus.
Berbeza dengan dua kedai sebelumnya yang nasi dibungkus dalam daun pisang, kedai Kak Pah ni hidangannya dalam pinggan. Ikan tongkol pun agak 'mewah' dengan potongan yang besar. Tak hairan lah kedai ni popular..memang sedap! Kalau nak buat ranking, kedai Kak Pah ni hampir seiring dengan restoran Mak Ngah.
Kepada anda yang memang gemarkan nasi dagang, cubalah makan di kedai-kedai tu. Selamat menjamu selera!

Monday, June 21, 2010

Pulut Ikan Masin

20 Jun 2010 - Hari ni dah tak ada idea apa hidangan untuk makan malam. Seperti biasa waktu waktu buntu macam ni, ikan masinlah jadi pemecah selera. Kebetulan masa pegi Kuala Terengganu minggu lepas, nampak ada pulut ikan masin kat gerai Mak Ngah tu tapi tak sempat nak beli dah habis. Jadi sebelum balik tempohari, kami beli lah sekilo ikan tamban masin kat Pasar Payang. RM9 harganya sekilo.

Kalau di belah Pantai Timur, pulut ikan masin ni memang sarapan biasa orang sana. Bukan susah nak buat pun. Cuma masak beras pulut. Lepas tu letak je kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Makan lah dengan ikan tamban masin. Yummm...memang sedap!
Bukan saja untuk sarapan, makan bila-bila pun boleh. Bayangkan lah makan pulut ikan masin ni kat tepi pantai...atau pekena dengan kopi panas dan anda pula tak turun ke laut sebab hari hujan. Hehe..selamat menjamu selera!

Sunday, June 20, 2010

Pantai Kemasik

17 Jun 2010 - Dalan perjalanan balik ke KL, kami singgah makan di medan selera di pantai Kemasik. Ok jugak makanan kat sini. Pantainya cantik dan bersih. Biru laut bersatu dengan birunya langit.

Di hadapan batu signboard Pantai Kemasik ni ada batu refleksologi untuk yang rasa letih dan mengantuk memandu.












Taman Tamadun Islam

15 Jun 2010 - Jika anda ke Kuala Terengganu, ruangkan masa anda melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan man, Kuala Terengganu. Apa yang menarik di sana? Di sini saya turunkan semula penerangan dari laman web Tourism Malaysia mengenai Taman Tamadun Islam ini.

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.
Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.

Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman berikut:-

http://tti.com.my/