Imbas kembali - Pertengahan 2004..Selepas berkuburnya aktiviti melukis atas pinggan, aku dan beberapa rakan berubah hala ke lukisan menggunakan kanvas dan akrilik. Di bawah bimbingan seorang pelukis professional, Cikgu Wan Mokhtar, kami terus berkumpul setiap minggu di Taman Danau Desa, KL untuk melukis dan belajar berbagai teknik lukisan akrilik. Berbanding lukisan porcelin, lukisan kanvas sama ada menggunakan cat minyak atau akrilik adalah jauh lebih murah. Aku bukanlah pandai sangat mewarna atau melukis. Cikgu Wan kata, tiada lukian yang tidak cantik kerana setiap lukisan ada ekspresinya yang tersendiri. Belasah sajalah apa yang kita nak lukis atas kanvas...dengan teknik yang betul, campuran warna yang sesuai dan mesej yang tertentu...maka 'belasahan' itu menjadi satu ekpresi melalui lukisan. Secara suka-suka, aku bersama beberapa kawan cuba 'menyibukkan' diri menyertai program Laman Seni di perkarangan Istana Budaya. Tak tahu lah program tu wujud lagi atau tidak. Lokasinya pun dah berubah-ubah ke Putrajaya dan Cyberjaya. Sehingga hujng tahun 2004, akhirnya kami semua rasa penat dan masing-masing sibuk dengan pelbagai hal sendiri. Aktiviti lukisan akrilik akhirnya berkubur.
No comments:
Post a Comment