Saudara Misnor merupakan seorang rakan kami yang sangat aktif dan popular. Oleh kerana dia seorang yang peramah dan kadangkala sedikit 'nakal', menjadikan misnor mempunyai kawan yang ramai dan dikenali di seluruh sekolah. Malang tidak berbau apabila dia terlibat dalam satu kemalangan motorsikal dalam tahun 1985. Motorsikalnya terbabas di suatu selekoh dan merenggut keupayaannya dari pinggang ke bawah. Dia yang pada masa itu sedang mengikuti pengajian di maktab perguruan, terpaksa menamatkan pengajiannya separuh jalan. Semenjak itu, bermulalah episod kehidupannya sebagai OKU.
Kami difahamkan yang misnor tak dapat tidur pada malam sebelum perjumpaan ini kerana terlampau gembira dan teruja untuk bertemu kawan-kawan lama. Semasa diberi kesempatan memberikan ucapannya, tiada kata yang dapat diucapkan oleh Misnor kerana beliau terlampau terharu dan gembira sehingga kelihatan tergenang airmatanya. Hanya ucapan terima kasih yang mampu ia luahkan. Rasanya kami semua faham perasaannya.
Walaupun kehadiran cuma sepertiga dari keseluruhan, namun kemeriahan cukup terasa. Masing-masing sibuk bertanya perkembangan diri dan keluarga masing-masing. Sesungguhnya ramai yang memang 'berkembang'...yang jelas secara fizikal:-) memandangkan kesemua kami dah berumur 40an, tidak dapat tidak memang nampaklah rambut 'silver' sedikit sebanyak di kepala masing-masing. Badan pun masing-masing ada yang dah saiz extra sikit!
Perasmian majlis telah dilakukan oleh pemimpin masyarakat setempat yang juga wakil peribadi bekas MB Selangor, Dato' Masloro Abdullah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Sabak, YB Abdul Rahman Bakri yang juga merupakan 'junior' yang pernah berada dalam 'dorm' yang sama dengan kami semasa di asrama SMK Sg Besar. Walaupun beliau mempunyai jadual yang sibuk, urusetia majlis amat berbesar hati atas kesudian beliau meluangkan masa melawat saudara Misnor dan bertemu kawan-kawan lama serta penduduk setempat.
Sungguhpun majlis ini kelihatan sederhana, tetapi kemeriahan memang terasa terutama kerana kami semua memang sudah lama tidak bertemu. Diharapkan kesempatan perjumpaan ini dapat diulang pada tahun tahun akan datang. Jutaan terima kasih kepada beberapa rakan seperti saudara Mokhti, saudara Rais, saudara Ariffin, dan lain-lain yang memungkinkan majlis seumpama ini diadakan. Kepada Misnor, kami harap dia akan sentiasa tabah dan kami kawan-kawan memang tidak pernah melupakannya.
1 comment:
Untuk makluman, saudara Misnor telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009, tidak lama selepas reunion Hari Raya ini diadakan, difahamkan selepas mengalami sakit demam. Semuga roh allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Alfatihah.
Post a Comment