Saturday, October 11, 2008

Lukis atas pinggan...

Imbas kembali - Pada awal 2004, aku mengaktifkan diri bersama sekumpulan kawan-kawan yang mempunyai minat sama dalam hasil kerja tangan melukis di atas pinggan - Porcelin Paintings. Setiap hujung minggu untuk beberapa bulan, kami berkumpul untuk belajar dan melukis. Bermacam-macam motif yang kami hasilkan. Hasil bimbingan 'Datin M', aktviti kami pernah mendapat sedikit promosi melalui majalah Anjung Seri dan Berita Harian. Kemuncaknya ialah pameran yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada April 2004.
Sayangnya, kumpulan ini berpecah dan menamatkan aktivitinya selepas pameran tersebut berikutan 'konflik dalaman'. Sehingga sekarang aku masih menyimpan semua hasil lukisan pinggan dan peralatan melukis sebagai kenangan.

















No comments: