Monday, October 20, 2008

Aidilfitri bersama Misnor Kasidi

19 Oktober 2008 merupakan hari yang bersejarah buat saudara Misnor bin Kasidi. Buat pertama kalinya selepas 27 tahun, kami rakan-rakan beliau dalam batch tingkatan lima dan enam tahun 81-83 di SMK Sungai Besar, Selangor, telah mengadakan satu perjumpaan di rumah beliau sempena aidilfitri yang baru lalu. Seramai 40 orang bersama suami/isteri dan anak masing-masing hadir di majlis tersebut yang . Walaupun kebanyakan kami berkerja di luar daerah, tetapi dengan rasa lapang hati pulang ke kampong memandangkan kesempatan untuk bertemu rakan-rakan lama secara serentak bukanlah mudah.

Saudara Misnor merupakan seorang rakan kami yang sangat aktif dan popular. Oleh kerana dia seorang yang peramah dan kadangkala sedikit 'nakal', menjadikan misnor mempunyai kawan yang ramai dan dikenali di seluruh sekolah. Malang tidak berbau apabila dia terlibat dalam satu kemalangan motorsikal dalam tahun 1985. Motorsikalnya terbabas di suatu selekoh dan merenggut keupayaannya dari pinggang ke bawah. Dia yang pada masa itu sedang mengikuti pengajian di maktab perguruan, terpaksa menamatkan pengajiannya separuh jalan. Semenjak itu, bermulalah episod kehidupannya sebagai OKU.

Kami difahamkan yang misnor tak dapat tidur pada malam sebelum perjumpaan ini kerana terlampau gembira dan teruja untuk bertemu kawan-kawan lama. Semasa diberi kesempatan memberikan ucapannya, tiada kata yang dapat diucapkan oleh Misnor kerana beliau terlampau terharu dan gembira sehingga kelihatan tergenang airmatanya. Hanya ucapan terima kasih yang mampu ia luahkan. Rasanya kami semua faham perasaannya.

Selain disajikan dengan berbagai juadah hari raya, kami semua sempat mengabadikan perjumpaan ini dengan bergambar beramai-ramai. Ada juga yang sempat menyanyi karaoke dan memberi ucapan sepatah dua kata. Tak sangka juga majlis ini dihadiri oleh wartawan dari akhbar Sinar yang membuat liputan.
Walaupun kehadiran cuma sepertiga dari keseluruhan, namun kemeriahan cukup terasa. Masing-masing sibuk bertanya perkembangan diri dan keluarga masing-masing. Sesungguhnya ramai yang memang 'berkembang'...yang jelas secara fizikal:-) memandangkan kesemua kami dah berumur 40an, tidak dapat tidak memang nampaklah rambut 'silver' sedikit sebanyak di kepala masing-masing. Badan pun masing-masing ada yang dah saiz extra sikit!
Perasmian majlis telah dilakukan oleh pemimpin masyarakat setempat yang juga wakil peribadi bekas MB Selangor, Dato' Masloro Abdullah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Sabak, YB Abdul Rahman Bakri yang juga merupakan 'junior' yang pernah berada dalam 'dorm' yang sama dengan kami semasa di asrama SMK Sg Besar. Walaupun beliau mempunyai jadual yang sibuk, urusetia majlis amat berbesar hati atas kesudian beliau meluangkan masa melawat saudara Misnor dan bertemu kawan-kawan lama serta penduduk setempat.

Sungguhpun majlis ini kelihatan sederhana, tetapi kemeriahan memang terasa terutama kerana kami semua memang sudah lama tidak bertemu. Diharapkan kesempatan perjumpaan ini dapat diulang pada tahun tahun akan datang. Jutaan terima kasih kepada beberapa rakan seperti saudara Mokhti, saudara Rais, saudara Ariffin, dan lain-lain yang memungkinkan majlis seumpama ini diadakan. Kepada Misnor, kami harap dia akan sentiasa tabah dan kami kawan-kawan memang tidak pernah melupakannya.

Thursday, October 16, 2008

Anugerah SPM Atteya

Imbas kembali - Ezzisidra Atteya lahir pada 28 Oktober, lapan belas tahun lepas di Klinik Sambhi, KL. Apabila membaca nama dia ni, semua orang akan tertanya-tanya dia ni orang indon ke apa. Selepas memperoleh keputusan SPM tahun 2006, dia berjaya mendapat biasiswa BNM untuk mengambil kursus sains aktuari. Sekarang dia tengah 'struggle' untuk final exam; yang kalau dia tak lulus, maknanya tak boleh 'fly'lah. Kalau tangkap gambar, isyarat peace mesti tak tinggal.

Baby Mikhail Amzar

Imbas kembali - Mikhail Amzar, si bongsu yang lahir pada 27 Ogos 2001. Sekarang dia dah berumur 7 tahun, dah sekolah tahun satu.
















Anugerah UPSR Aten

Imbas kembali - 6 Julai 2008 - Syukur Alhamdulillah Aten berjaya mendapat 5A dalam UPSR, dapat pulak naik ke pentas bersalaman dengan Tan Sri Gabenor untuk menerima hadiah penghargaan dan bergambar ala ala lentok kat bahu Gabenor.

Aten ni jenis tak banyak cakap, kerap berkurung dalam bilik senyap senyap buat kerja sekolah dia...tapi kalau senyap sangat...maknanya dia tido lah tu! Cita-cita dia..sampai sekarang pun dia tak pasti nak jadi doktor gigi atau pun doktor bersalin atau nak jadi drebar kapalterbang. Yang pasti dia suka makan ayam goreng dengan ice blended. Dia paling suka cerita hantu seram tapi akan bersorok dalam selimut bila ada babak menakutkan. Koleksi kegemaran dia ialah key-chain...dia jarang berenggang dari henpon dan MP3 nya.






Sunday, October 12, 2008

Anugerah PMR Abang

Imbas kembali 29 Mac 2008 - Hari ini abang @ Danial Aiman, bersama 11 rakannya yang lain, menerima hadiah penghargaan dari sekolahnya, Sek. Men. Khir Johari, Beranang (SMKJ) setelah berjaya mendapat keputusan 8A dalam PMR. Sebagai sekolah di luar bandar, 11 orang memperoleh 8A merupakan satu rekod yang membanggakan kepada SMKJ. Tahniah!































Abang dengan kawan baiknya, Ashraf Aziz


































Anak mama :-)

Konvo adik

Imbas kembali 18 November 2007 - Hari yang merupakan 'big event' bagi Mikhail Amzar. Akhirnya "budak yang suka bawak barang mainan ke sekolah, yang kekadang berkhayal dengan watak watak katun kgemarannya dan suka usik kawan-kawan" ini grad dari Tadika Johan Ceria. Seronok sangat dia sebab lepas ni tak perlu lagi dengar leteran Teacher Margaret. Berani pulak tu dia masuk kumpulan menari tu. Doa ayah dengan mama mestilah agar banyak lagi 'konvo' yang dia akan tempuhi masa akan datang.













Saturday, October 11, 2008

Banjar

Tahun 1964. Bayi yang dalam dokongan ibu itu ialah aku. Ini satu-satunya gambar yang aku ada semasa baby. Keempat-empat datuk dan nenek dari kedua-dua belah ayah dan emak adalah berasal dari Banjarmasin, Kalimantan. Ayah dan emah merupakan sepupu. Aku generasi ketiga di tanah tercinta ini. Rasanya aku masih boleh memahami bahasa banjar walaupun agak janggal untuk menuturkannya. Mungkinkah banjar akan hilang di dunia?


Atas kanvas

Imbas kembali 2004 - Hasil kerja tangan masa aku rajin dulu. Baru nak belajar main dengan colour..jadi kasar sikit lah. Kalau sekarang aku lukis mau lagi teruk jadinya...sebab dah lama tak pegang berus. Sekarang dah tak berapa ada masa nak lukis. Berus dengan colour masih ada banyak...simpan dalam stor je lah.