Pada zaman kanak-kanak semasa di kampong dulu, aku pernah makan apa yang dipanggil Sambal Tahun Belulang. Seperti namanya, pastilah bahan utamanya ialah belulang. Inilah satu jenis makanan yang popular di kalangan jiran-jiran berbangsa jawa yang memang ramai di Sabak Bernam ini. Menurut kata orang, sambal tahun ni memang tahan lama kalau betul cara menyimpannya. Kebetulan pulak di tempat berhampiran aku tinggal sekarang di Beranang, memang ada orang yang menjual belulang di pasar minggu. Jadi aku pun 'google' di internet dan mudah saja nak cari resipinya. Tak payah lah cerita satu persatu resipinya di sini. Anda pun boleh cari dalam internet. Hasilnya ialah seperti gambar-gambar di bawah!