5 Mei 2009 - Selepas lama planning dan tunggu masa yang sesuai, baru cuti sekolah bulan Mei ini aku dan mama berpeluang mencuri masa berjalan ke Bali. Memandangkan Danial nak tempoh SPM dan mesti study masa cuti sekolah ni, jadi dia dan adik-adik kenalah tunggu rumah je sebab ini ayah dan mama pulak bercuti. Tambahan pulak tahun ni anniversary ke 20 tahun. Nasib baik jugak adik aku Hafiz ada tolong tidur rumah jaga budak-budak tu waktu malam. Mama kata dah lama nak pegi Bali sebab ada tempat yang pemandangannya macam planet lain. Aku ok je lagipun aku memang suka nak praktis ambik gambar dengan kamera baru aku tu kat planet lain tu :-). Ground arrangement semasa di Bali aku serahkan pada ajensi AsiaRasa Travel yang dikendalikan oleh kawan aku, saudara Saharuddin.
Orang kata tambang AirAsia murah. aku pun buatlah tempahan secara online sebulan lebih awal. Rupanya tak lah murah pun sebab cuti sekolah memang peak season. Lagipun masa tu tak ada promosi. Boss aku yang buat tempahan ke Bali pada hari yang sama, melalui MAS dapat tambang yang lebih murah berbanding AirAsia!
Transport ke airport dipermudahkan oleh Rosman yang terpaksa ambik cuti. Rosman kata tak apa sebab cuti dia banyak dan inipun satu alasan untuk dia cuti. kira ok la tu.
Mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar dalam pukul 2.30. Tercepat kira kira 15 minit dari jadual. Sibuk jugak airport ni..maklumlah Bali memang tempat pelancongan terutama mat saleh. Tapi orang Asia pun ramai jugak. Tak lama lepas ambil bagasi, sudah nampak tour guide menunggu dengan placard nama aku terpampang. Rupanya dia dah menunggu lebih kurang sejam sebab sebelum itupun ada satu pasangan pelancong dari Malaysia yang akan sama-sama 'satu kapal' dengan aku sepanjang empat hari di Bali ni nanti.